Pages

Sunday, June 26, 2011

kelebihan surah Al-Waqiah

Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.
Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah SAW:
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:
1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :
Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Wednesday, June 22, 2011

manisnya iman :): teka-teki Imam Ghazali r.a

manisnya iman :): teka-teki Imam Ghazali r.a

teka-teki Imam Ghazali r.a

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalahMENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri 

Monday, May 23, 2011

:::::::: koleksi kata-kata mutiara :::::

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal
karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan
selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup
tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit
dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa
yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata

yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan
agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itucantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasarakhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat
kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuanganmemerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukankejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap
kosong.

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri

dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat

Wednesday, March 9, 2011

teguran..membina kekuatan dalam kehidupan...

      salam satu malysia buat semua sahabat yg sudi melawat blog sy..teguran...maksudnya apa??jika seseorg menegur diri kita,perlukah kita terima teguran tersebut atau sebaliknya atau kita menegur balik perbuatan mahupun kata-kata yanag menegur watak dan perangai kita...sebenarnya teguran sebegini bagus untuk diri kita agara kita sentiasa hidup dalam keyakinan dan membina disiplin dalam jati diri manusia...jika sahabat menegur perangai atau pun perbuatan kita yang tidak disenangi oleh rakan-rakan kita,kita mestilah terima dgn hati yg tenang dan sabar dgn teguran yang diberikan..kerna ianya untuk kebaikan diri kita dan melatih diri kita untuk membina kekuatan dalam perwatakan kita..jgnlah teguran dibalas dgn pergaduhan..wajar kalau kita sebagai manusia berkecil hati dgn teguran yg diterima..tetapi,tanpa teguran drpd sahabt mahupun ibu bapa,hidup kita tiada wawasan dan tiada nilai dispilin dalam kehidupan..sebaliknya terimalah teguran sebagai satu kekuatan dalam diri untuk masa depan kita hingga berjaya di dunia sampai akhir hayat...sebagai contoh kalau ibu bapa kita menegur perangai kita,jgnlha kita melawan apa yang ditegur oleh ibu dan bapa kita..terguran dr seorang ibulah satu doa untuk anak-anaknya sentiasa berjaya dan demi masa depan anknya juga...contohnya.."nak,jgnlah tinggal solat nak..solat itu tiang agama.solat itu kewajipan untuk diri kita sebagai manusia.."..jikalau sebegini teguran ibu anda,dgrlah teguran dan nasihat beliau kerna ibu yang bersusah payah melahirkan kita dan membesarkan kita malah mendidik kita untuk menjadi insan yang berjaya...tetapi,terdapat juga anak-anak yang melawan kata-kata ibu dan bapa mereka..sampai mengeluarkan ayat yang tidak sopan kepada ibu bapa mereka..jikalau kita membuat setitik air mata ibu jatuh ke bumi,berdosalah seorang anak itu..jgnlah kamu mengungkapkan kata "ah,uh,ataupun cis" kepada kedua org tuamu...anak yang soleh dan solehah akan sentiasa menjaga lidahnya daripada menuturkan perkataan yang tidak baik..jagalah hati org tuamu seperti mana mereka menjaga hati anak-anaknya...begitu juga teguran dr sahabat-sahabat...oleh itu,tegurlah jikalau ada kesilapan tetapi bukan semata-mata kerna tidak puas hati,,,kita semua manusia tiada yang sempurna dalam kehidupan..maka,jdlah teguran itu untuk membina kekuatan dalam kehidupan...yang baik itu dr Allah,dn yang buruk itu dr kelemahan saya sendiri..sekian..wassalam...:)

Sunday, January 2, 2011

dunia itu hanya 3 hari, 3 saat, 3 nafas....


Nabi Isa a.s. berkata " dunia itu hanya 3 hari iaitu..."
1) hari yang telah berlalu ( kelmarin ) maka tidak ada lagi ditanganmu kesempatan sedikitpun dari hari tang berlalu..
2) dan hari esok yang mana kamu tidak dapat mengetahui sama ada kamu akan menemuinya ataupun tidak..
3) dan hari waktu dimana kamu berada dalamnya, oleh itu pergunakanlah....

dunia juga mempunyai 3 saat iaitu...
1) saat yang telah berlalu
2) saat yang kamu tidak akan tahu sama ada kamu akan menemuinya ataupun tidak...
3) saat yang mana kamu berada di dalamnya, maka hendaklah kamu pergunakan kerana kamu tidak memiliki kecuali sesaat sahaja, sebab mati itu dari satu saat ke saat yang lain...

dunia juga mempunyai 3 nafas iaitu...
1) nafas yang telah berlalu yang mana kamu telah menyelesaikan pekerjaan di dalamnya...
2) nafas yang kamu tidak akan dapat tahu sama ada kamu akan menemuinya atau pun tidak...
3) nafas yang mana kamu berada didalamnya, sesungguhnya kamu tidak memiliki kecuali satu nafas sahaja atau tidak satu hari atau satu saat...

oleh itu hendaklah kamu bercepat-cepat menggunakan nafas yang satu ini untuk bertaat sebelum hilangnya kesempatanmu dan bertaubatlah sebelum kamu mati...Maka mudah-mudahan matimu berada dalam nafas kedua ini...Dan seutama amal adalah menjaga segala waktu ketika masih bernafas, maka sesungguhnya orang yang mensia-siakan waktu bererti dia telah mensia-siakan umurnya....

renung-renungkanlah wahai sahabat...sesungguhnya dunia ini hanya sementara sahaja...gunakanlah sementara itu untuk membawa amalan kita ke akhirat...:)