Pages

Friday, December 24, 2010

hargailah pengorbanan ibu bapa anda...:)

anggaran kasar perbelanjaan yang telah dihabiskan oleh ibu bapa kita...

Melahirkan
kos pemeriksaan rutin di klinik ibu dan anak sepanjang 9 bulan mengandung termasuk ubat-ubatan RM500
kos hospital : RM 200
upah ibu bersalin : RM 1000 ( anggaran minimum,belum cukup meyamai kesakitan yang dirasai oleh ibu kita)

Rawatan 
 kos ubat-ubatan semua dah RM 1000


Membesarkan kita pula 
 lampin RM 200 sebulan...( anggaran sahaja )

Memberi pendidikan kepada kita 
 kos RM 150 sebulan


Pakaian dan tempat tingga
 kos RM 200 sebulan


Makan dan minum 
 kos RM 300 sebulan....


   sebenarnya banyak lagi...belum termasuk air mata,kepayahan,penat lelah ibu bapa dan banyak lagi... tapi kita...apa yang kita belanjakan untuk ibu dan bapa kita?...renung2kanlah...

Saturday, November 20, 2010

salam aidiladaha dari wanie...


Allahhuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...walillailham...salam aidiladha dari ukhti untuk anda semua...ambillah iktibar kisah nabi ibrahim dengan anaknya nabi ismail untuk dijadikan kisah teladan...selamat menyambut aidiladha yang ke 1431 hijrah....:)

Thursday, August 26, 2010

check list amalan di bula Ramadhan...:)

hehehe...ramadhan pun ada check list ye...jd banyakanlah amalan kita di bulan ramadhan ini...kedatangan ramadhan kita alu-alukan...pemergian ramadhan kita tangiskan...

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.


6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan
Solat Hajat)
8. Jam 4.00 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 4.30  pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7
     kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan.
   Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah
     tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.


KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN


1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN


1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul
   Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
        i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
        ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
       iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran,Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
       iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
        v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat
          Istikarah.
    vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul    Qadar.


SELAMAT TINGGAL RAMADHAN


i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali
lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

4 lelaki yang ditarik wanita ke neraka

macam menarik je tajuk nya kan??jom kita lihat diantara lelaki yang ditarik wanita ke alam neraka..sama2 lah kita renungkan...salam ramadhan...
Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anakperempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula ke abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yangharam dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah,suami,abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar seperti firman ALLAH S.W.T.:-


"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANABAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
"Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..Janganlah anda menyakiti kaum hawa hanya kerana lahiriahnya wanita adalah kaum yg lemah. suami janganlah mendera isteri semata2 melepaskan amarah diri. bapa janganlah menjadi haruan kelaparan, abang janganlah menjadi lelaki durjana, anak janganlah menjadi anak durhaka. wanita bukan dilahirkan untuk disakiti, untuk dicaci dan dimaki, sebaliknya wanitalah yg memberi cahaya kebahagiaan kepada lelaki. Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik seperti yang tersenarai di atas..Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga.....janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji Allah s.w.t..Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab...waallahualam...

Wednesday, August 25, 2010

kisra dan perempuan tua by la tahzan...

     Bazarjamhar, seorang lelaki yang bijaksana di Parsi berkata : " ada seorang nenek tua yang mempunyai seekor ayam betina yang diletakkan di dalam kandang yang berdekatan dengan istana Kisra. Pada suatu hari si nenek itu sedang musafir ke kampung lain. Sebelum bertolak,nenek itu berdoa " Wahai Tuhanku, aku serah dan amanahkan ayam betinaku ini kepada-Mu."
     Ketika si nenek tidak ada di tempat itu, Kisra berlaku zalim dengan menggusur kandang itu untuk perluasan istana dan taman kerajaan. Ayam yang ada di dalam kandang itu disembelih oleh para tentera dan kandangnya dirosak...
     Apabila si nenek kembali dari perjalanan itu,sekali lagi ia menadahkan kedua-dua tangannya ke langit sambil bermunajat " Wahai Tuhanku, aku tidak ada di sini ketika berlaku kejahatan itu, namun di mana Engkau ketika itu? " Allah pun memperlakukan nenek itu dengan adil dan membalas kezaliman Kisra itu. Kisra itu dibunuh oleh anaknya sendiri dengan sebilah pisau ketika sedang tidur di atas katil empuknya.
" bukankah Allah cukup melindungi hamba-hambaNya. Dan mereka mempertakuti kamu dengan ( sembahan-sembahan ) yang selain Allah. "
                                                                        -surah Az-Zumar, ayat 36-
Sekiranya kita menjadi orang terbaik di antara dua anak Adam yang berkata :
" demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhku.."
                                                                        -surah Al-Maidah, ayat 28-
Baginda Rasul bersabda, ertinya : " Jadilah engkau hamba yang dibunuh dan janganlah engkau menjadi hamba yang membunuh.."

"orang islam mempunyai prinsip, misi, dan masalah yang lebih mulia dari sekadar membalas dendam, membenci dan dengki "

Tuesday, August 24, 2010

keindahan sifat sabar by la tahzan...

     sabar...apa ertinya sabar??haaa...sabar ni ciri2 orang yang menghadapi pelbagai kesusahan dengan berlapang dada,kemahuan yang kuat serta ketabahan yang luar biasa..justeru,jika kita tidak bersabar,apa yg boleh kita lakukan??
...ketika menziarahi Abu Bakar yang sedang terbaring sakit,para sahabat berkata kepadanya : " bolehkah kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu? " " seorang tabib sudah memeriksaku..," jawab Abu Bakar.para sahabat pun bertanya : "kemudian apa katanya tentang sakit anda? " ia berkata " sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu.."
Bersabarlah kerana Allah..dan sepatutnya anda bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat kembali yang baik, mengharap pahala dan senang mengingkari kejahatan...sebesar mana pun masalah yang anda hadapi,tetaplah bersabar..kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama kesusahan. dan dalam tiap-tiap kesusahan itu ada kemudahan...
sesungguhnya orang yang bersabar itu mulia di sisi Allah s.w.t...banyakkanlah bersabar dalam setipa dugaan yang menimpa...pasti ada ganjaran yang lebih bernilai menanti hasil daripada kesabaran yang tersemat dalam sanubari kita....selamat berpuasa...:)...