Pages

Thursday, August 26, 2010

4 lelaki yang ditarik wanita ke neraka

macam menarik je tajuk nya kan??jom kita lihat diantara lelaki yang ditarik wanita ke alam neraka..sama2 lah kita renungkan...salam ramadhan...
Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anakperempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula ke abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yangharam dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah,suami,abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar seperti firman ALLAH S.W.T.:-


"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANABAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
"Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..Janganlah anda menyakiti kaum hawa hanya kerana lahiriahnya wanita adalah kaum yg lemah. suami janganlah mendera isteri semata2 melepaskan amarah diri. bapa janganlah menjadi haruan kelaparan, abang janganlah menjadi lelaki durjana, anak janganlah menjadi anak durhaka. wanita bukan dilahirkan untuk disakiti, untuk dicaci dan dimaki, sebaliknya wanitalah yg memberi cahaya kebahagiaan kepada lelaki. Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik seperti yang tersenarai di atas..Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga.....janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji Allah s.w.t..Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab...waallahualam...

No comments:

Post a Comment